4 hari 3 malam aku pergi kem krs dkt kola sala. serius kata best! aku rindu kem
hari pertama
aku bwk beg roda. beg galas dgn satu beg untuk bawak selipar dgn kasut boot or spike. aku dengan syabil tunggu cikgu dengan maisarah lama gak la dekat surau. sembang2 dengan danial, zul.
sampai dekat tempat kem, macam risau gak la. takut tadak orang yang boleh ajak kawan. lepas cikgu balik tu, kena masuk baris dekat dataran. depa punggah habis beg baju. (part yang paling aku tak suka kalau pergi kem!) dah la suruh bawak keluar semua baju2. lps tu bg masa 5minit nak kemas kn balik.
lepas letak beg dekat surau, pergi balik dataran. ada ice breaking. ice breaking ni tuan tu suruh buat bulatan besar laki pompuan. nanti dia suruh la pecah, dalam kmpulan kena ada 3 org ka 4 org ka 7 kaa. suka hati dia la. lepas tu tanya nama yang kumpulan dengan kita tu and tanya sekolah mana. masa dia suruh cari 3 orang ja, aku tak bleh ingat nama 2 org lagi member aku tu. so kami kena guling atas rumput 3 kali kanan, 3 kali kiri. malu wow!! then, jumpa nabil (ketua helpers). dia mula2 x ingat aku. lps tu aku buat2 muka ayu, baru dia ingat. haha.
dah habis ice breaking, dah pilih sapa jadi penhulu dengan penghulu wati, kmi masuk dewan. nak bahagi2 kumpulan. aku kumpulan c. semua mmbr2 aku dkt kumpulan c otak berjalan,bengong semua ada. helpers kmpulan kami pun best. baik. sporting. banyak tolong kami walaupun sepatut nya tak boleh!
malam pertama tu aku tak ingat buat apa. rasa nya beljar buat ikatan tali dengan penerangan baju tak silap aku. pergh! lenguh belakang badan aku nak duduk taw dk!
hari kedua
hari ni yang paling best! best gila-gila! awal pagi tu, kami belajar kawad ja. kami kena pumping sampai 50 kali! 50 kali ok! jangan buat main2! lepas tu dia suruh menyiarap berdiri menyiarap berdiri. kalau slow motion tapa! ni laju and cepat! banyak kali pulak tu! tengah2 panas lagi! aku rasa pening gila! lepas tuan ab suruh keluar baris, ikut helpers berlatih kawad sebab petang kami ada lawan kawad. lepas lawan kawad, kami ada larian halangan. larian halangan semua tu point aku x kisah nak buat kecuali panjat tembok, dengan merangkak! tembok tu tembok lelaki!! tinggi gila! aku dah la kecik ja. nasib baik semua member2 group aku banyak tolong aku, bagi semangat dekat aku. yang merangkak tu aku x suka sebab kotor! busuk! lecak! aku nak bersih kan balik baju! remeh gila semua kerja tuu. lepas mandi, kami duduk dalam kumpulan. ada aktiviti ikhtiar hidup. kami jalan dalam stu kumpulan pergi tepi laut! wehh! perasaan seronok tak dapat digambar kan dengan kata-kata dan riaksi muka. kami lawan masak dengan semua kumpulan. depa bagi air stu plstik,ikan,kubis,bawang,pinggan,pisau dengan sudu ja. pandai2 la nak masak apa. sekali lagi thanks dekat helpers kami banyak gila kerja dia buat masa ikhtiar hidup. dia bakar ikan. sedap gila! pojan (penghulu) pun banyak tlong malam tu. geng2 laki yang semua otak gila2. nizam dengan azri (geng tinggi) buat lawak nak tequk! nizam, suara ang sedap weh! aku trgoda! akil, selalu sembang dengan aku. dia suka panggil aku keat hwa! bila orang tanya nama aku apa pun dia kata keat hwa! amar (kecik) pojan kata tu adik aku. fine!! syafiq (bob) manja and pulun. geng pmpuan yang semua sekali x sombong and banyak keluar kan idea untuk menang. malam tu gak kami ada hayati malam. tutup semua lampu. rasa nak tidur pun ada. dengan dengar bunyi ombak! tidur tepi laut ramai2.memang lena gila. pukul 3 pagi kami bangun. bergerak balik kem. dan akhir sekali kami tidur! :)
hari ketiga
hari ni dah habis latihan kawad. kami banyak belajar pasal kompas, gadjet, rawatan kecemasan dangan ikatan. hari ni aktivit kami ialahhhhhhh menyelamat dan orienti (kot!) aktiviti ni paling aku penat. kami kena selamat kan bob dekat dalam kawasan bakau. nak angkat dia naik , ya allah!! patah tulang! usung dia blik check point lagi! pukul 6 bru kami smpai kem. mandi. mlm tu ada malam kebudayaan. pergh! malu gilla time ni. kena blakon jadi gangster. geng helpers punya persembahan of coz la best and lawak gila! thanks tu helpers yg kolah ampang, yang mai sat ja. muka macam ultimet sebab pinjam kan beg dia. dia tu serius lawak time mlm kbudayaan. lps habis mlm kebudayaan, kena jumpa tuan ab dekat dataran. nak pilih sapa yg kena masuk kawalan kehormatan. kena lari tukar pkai full u siap dgn boot. lps tu lari tukar balik pkai hal u. bayang kan kepenatan dia! dah la tuan ab kalau marah boleh berayaq ayaq mata! then, dia hingaq pasal barang laki ada yang hilang. habis semua yang kena. tak boleh tidur.
hari keempat.
masa dalam baris, tuan ab pantang kalau ada org bergerak. so, kalau dia kata sapa yang bergerak masa dalam baris tu keluar, wajib keluar! klau tak mengaku kena la habuan dia. nak di jadikan cerita, patut nya hri keempat ni aku masuk kawalan kehormatan. aku pakai la sluar krs dengan tudung krs siap2. nanti tak kalut la nak tukar. tengok2 kami kadet putri kena denda buat larian halangan sebab sekor pun tanak mengaku. geram nya hanya tuhan yang tahu. kotor habis baju. kami just basuh bagi hilang kan kotor. dengan seluar basah ni la kami pergi makan. nabil kata kt kmi, "laa. hujan ka td?" dia mmg ska cri psl. lps makan, yang mask kawalan kehormatan kena buat paras. lepas tu, ada helpers sorang ni, suruh aku jadi ketua platun puteri. weh! taw dk aku x reti!!! nasib semua orang memahami aku yang x reti ni. thanks dekat pojan, azri dengan lagi 2 orang laki tu sebab tlong ajar aku. *lap ayaq mata hehe. gegey. habis kawalan kehormatan selesai, lari buka boot, masuk dewan. ada perasmian penutup. group aku menang kawad kaki!! :)
keseronokkan ada kt kem, hanya aku dan ahli2 kadet daerah kota setar ja yg taw! HAHAHA *gelak jahat
5 months ago
