4# kerja sekolah turun dari langit

assalammualaikum ^^

hari ni hari rabu lagi. lagi setengah jam nak pukul 12. makna nya lagi setengah jam nak masuk hari khamis. hari khamis hari yang paling aku nanti-nantikan sebab jadual semua 2 masa dan 1 masa free. beg ringan gila. selain itu, aku suka sangat hari khamis kerana hari last persekolahan untuk sebuah minggu? sebuah? pun booolehhh.. buat-buat betul la midun woii.

actly, hari ni KH cuti sebab cina nak pergi sembahyang dekat kubur untuk apa ntah. atau lebih sedap di kenali sebagai cuti feng shui. nampak la sikit sekolah cina kan kalau orang tanya cuti apa. dengan muka belagak plus buat pala taw, "alaa ni! kitorang cuti feng shui!" kau mampu cakap camtu? tak an? dats y i proud to be khwarian :3

tadi masa cuti aku dapat menghabiskan tidur aku secukup-cukupnya. kaedah nya sekarang aku tak boleh tidur. memang rasa nikmat yang amat sangat. rasa cuti tu memang cuti betullah! dengan dekat rumag orang takdak. aku bebas! bebas berlari sekeliling rumah. bebas korek hidung dalam-dalam. bebas tumbuk cili nak buat sambal. konklusinya, aku bebas hari ini! sampai masak pun memang bebas. sesedap hati aku ja masak ayam drummet ayamas,gaul dengan sambal tumis mama buat. then masak nasi. nampak tak bertapa bujang nya kehidupan aku hari ni? nak termuntah aku nk kena habis kan ayam tu. sampai sekrang aku rasa kenyang lagi.

lepas makan, sembahyang, aku napping. tiba-tiba khadijah call dia kata cikgu nak mintak karangan esok! aku pun terpinga-pinga serupa budak bodoh. karangan apa benda la pulak dia bagi. kenapa aku tataw? baru aku teringat. aku dah seminggu tak masuk kelas bm. dia siap bagi warning, "sapa yang tadak dalam kelas hari, tak hantar karangan, jaga!" aku mula kalut. cuti aku di rentap hebat dengan flashback yang di dilakukan oleh khadijah dengan jaya nya. kalut laa aku call zakirah mintak soalan. nasib baik zakirah baik hati nak hntar depan rumah aku. klau tak, akan aku berjalan kaki ke rumah mu wahai zakirah.

sementara tunggu zakirah smpai, lepak-lepak depan tv smbil pegang perut ku yang boroi ini. tengok cerita kasanova xxl. tak sangka wa layan cerita ni. tiba-tiba kak inovasi call kata tusyen hari ni tadak. ang aku was likeeee *nak teruja. tp tiba-tiba x jadi sebab teringat kan karangan yang nak kena hantar esok. terus tak jadi nak chicken dance.

alhamdulillah. karangan aku siap dengan 524 patah perkataan. setiap perenggan 10-13 baris. wa kembang. dapat kerja last minit boleh buat panjang tu. hehe. mintak-mintak esok tak kena marah dengan cikgu..

ow ow! hari selasa hari tu, aku tegur cikgu sejarah dekat kantin. kena la buat baik. ponteng kelas dia banyak hari dah. tiba-tiba dia kata, "ey! ang comey gak noh." again! aku rasa hidung aku dah nak terjatuh. terlampau berat dan kmbang dah ni. haha. wa syiok!
ok. tu ja! bye. momuah cikittt..

No comments:

Post a Comment